• Bolt Berlatih Dengan Dortmund

    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    BERLIN: Jaguh pecut dunia dari Jamaica, Usain Bolt akan berlatih bersama kelab bola sepak Borussia Dortmund esok yang sememangnya menjadi impianya dapat berlatih bersama pasukan bola sepak profesional utama.

    Perkara berkenaan dimaklumkan kelab Jerman itu, hari ini.

    Sesi latihan akan dibuka kepada umum dengan pemegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter yang bersara pada tahun lalu itu dijangka akan menarik minat orang ramai.

    Dortmund yang turut mempunyai penaja yang sama seperti Bolt iaitu Puma mengharapkan orang ramai menghadiri sesi berkenaan. Bagaimanapun peminat diingatkan bahawa sesi itu mempunyai ruang yang terhad.

    Bolt yang kini berusia 31 tahun, juga pemenang pingat emas sebanyak lapan kali di Olimpik serta peminat besar bola sepak mengumumkan minat untuk berlatih bersama Dortmund pada Januari.

    Dia mengesahkan akan pembabitannya hari ini.

    “BVB, bersedia untuk Jumaat,” katanya menerusi Twitter.

    Bolt adalah penyokong Manchester United dan selepas menyertai perlawanan amal pada Khamis, dia menaruh harapan agar penampilannya bersama Dortmund akan menjadi pencetus untuk kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Bolt Berlatih Dengan Dortmund "