• BN Atasi Banjir Di Bandar Sibu & Lanang, DAP Buat Apa?

    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengabaikan kawasan parlimen yang dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP) atau pembangkang lain negeri supaya kesejahteraan rakyat sentiasa dijaga.

    Dakwaan BN menganaktiri dan pilih kasih di kawasan pembangkang merupakan adalah tidak berasas dan hanya meraih simpati politik semata-mata.

    Secara menyeluruh, apa yang diusahakan BN tidak dilihat dengan mata yang luas dan dan dari segi perspektif positif.

    Parlimen Bandar Sibu dan Lanang merupakan kawasan yang sering dilanda banjir kilat. Hal tersebut masih menghantui penduduk dan selama DAP berkuasa, masalah banjir kilat tidak menemui jalan penyelesaian yang konklusif. Malah kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak kedengaran menyuarakan cadangan untuk mencari pelan untuk menangani masalah banjir kilat.

    Melihat perkara tersebut menjadi masalah rakyat kedua-dua parlimen tersebut, kerajaan BN pusat dan negeri merangka pelan terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat tersebut.

    Projek tebatan banjir dilakukan dan ia memerlukan peruntukan besar. Semuanya demi rakyat Parlimen Bandar Sibu dan Lanang yang sekian lama terpaksa berhadapan banjir kilat.

    Secara keseluruhannya setakat ini, kos sebanyak RM890 juta digunakan untuk projek tebatan banjir dikedua-dua parlimen tersebut dan ia dilakukan secara berfasa. BN sudah melaksanakan projek yang melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

    Ia tidak berhenti setakat itu sahaja, pada fasa keempat, BN memohon peruntukan bagi meneruskan projek tebatan banjir pada tahun hadapan. Ini membuktikan, BN mengutamakan pencapaian terhadap rakyat. Segala masalah berbangkit tetap diselesaikan walaupun kawasan tersebut dikuasai pembangkang.

    Dalam hal ini, BN tetap meneruskan projek yang dapat menyelesaikan masalah rakyat Parlimen Bandar Sibu dan Lanang sekaligus memberi keyakinan yang BN bukan kerajaan yang pilih kasih serta layak untuk berkuasa di kedua parlimen tersebut pada PRU14 nanti.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Atasi Banjir Di Bandar Sibu & Lanang, DAP Buat Apa? "