• Bimbang Sukar Dapat Jodoh Disangkakan Kanak-Kanak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+


    MADHYA PRADESH, India: Seorang wanita kerdil di sini bimbang sukar bertemu jodoh kerana ramai lelaki menyangka dia adalah seorang kanak-kanak.

    Mail Online melaporkan, Santosh Kumari,28, memiliki ke­tinggian hanya 83 sentimeter, mempunyai tubuh lebih kecil berbanding kanak-kanak berusia empat tahun.

    Sehubungan itu, Kumari yang bekerja sebagai tukang jahit sering disalah anggap sebagai kanak-kanak.

    “Saya terima takdirnya dan saya akui saya tidak normal se­perti wanita lain. Semua orang sayangkan saya di kampung tetapi saya juga mempunyai impian seperti wanita lain iaitu ingin mempunyai teman hidup,” katanya.

    Jelas Kumari, dia bimbang jika tidak ada mana-mana lelaki yang ingin berkawan atau berkahwin dengannya kerana keadaan tubuhnya yang pendek.

    Keinginannya untuk berkahwin semakin bertambah apabila adiknya, Mahavir Meena, 23, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

    Meena yang bekerja sebagai buruh di kampungnya cuba mencari jodoh untuk kakaknya, tetapi selepas mengetahui mengenai keadaan fizikal Kumari, mereka membatalkan niat untuk mengenali wanita tersebut.

    “Kakak saya seorang wanita yang hebat. Biarpun mempunyai fizikal yang tidak sempurna, dia tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga kerana dia seorang yang pandai berdikari. Kami sudah cuba cari pasangan untuk­nya, namun tiada siapa yang sudi,” ujar Meena.

    Kumari dilahirkan normal tetapi tumbesarannya terhenti ketika dia berusia tiga tahun selepas mula pandai berjalan.

    Berikutan kekurangan duit, ibu bapa Kumari tidak mampu membawanya mendapatkan ra­watan yang sewajarnya. - Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Bimbang Sukar Dapat Jodoh Disangkakan Kanak-Kanak "