• Bilik Pusat Rawatan Berhaba Di Miri Terbakar

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    MIRI: Bilik sebuah pusat rawatan berhaba mengalami kerosakan selepas berlaku kebakaran yang dicetuskan seorang individu dipercayai kurang siuman.

    Insiden tersebut berlaku sekitar jam 12.00 tengahari tadi di Bandar Baru Permyjaya di sini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Miri dikerahkan ke lokasi kejadian selepas laporan diterima.

    Menurutnya, suspek yang memulakan kebakaran tersebut berjaya ditangkap pihak polis.

    "Kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pusat rawatan berhaba,

    "Kejadian melibatkan bahagian pejabat (pengurusan) di bahagian belakang melibatkan sebuah mesin basuh," katanya.

    Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa mengalami kecederaan selepas bergelut dengan suspek.-Sarawakiana

  • No Comment to " Bilik Pusat Rawatan Berhaba Di Miri Terbakar "