• Biar Kepimpinan Tertinggi BN Tentukan Calon BN Di Saratok

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Naib Presiden Kanan Parti Progresif Demokratik (PDP) Datuk Paul Igai menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon bagi mempertahankan kawasan parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Beliau berkata, PDP memberi penuh kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk menyelesaikan isu calon di kawasan terbabit.

    "Pilihan raya tidak lama lagi, adalah lebih baik untuk kita tidak bercakap banyak.

    "Namun kita percaya calon yang kita senaraikan akan dipilih atas semangat BN," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya lagi, buat masa sekarang calon bagi kerusi tersebut masih menjadi rahsia.

    "Pada masa ini, kita hanya menunggu pengumuman rasmi kepimpinan tertinggi BN.

    "Bagi PDP, dengan bantuan parti komponen BN, calon PDP boleh menang kerusi Saratok," ujarnya.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Biar Kepimpinan Tertinggi BN Tentukan Calon BN Di Saratok "