• Bertindak Segera, Tanjakan Kampung Sageng Kini Dipenuhi Lumpur

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    SIMUNJAN: Penduduk Kampung Sageng memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Samarahan dan Pejabat Daerah Simunjan segera melihat projek pembinaan tanjakan di kampung terbabit yang kini dipenuhi lumpur.

    Salah seorang penduduk yang meluahkan rasa kecewa menerusi posting dalam Facebook berkata, tanjakan terbabit kini diliputi lumpur sungai selain hakisan tebing tanah berlaku akibat kerja pengorekan tanah yang terlalu dalam.

    Menurutnya, tanjakan yang dibina terlalu rendah itu juga menyebabkan ia tenggelam setiap kali berlaku air pasang.

    "Kelihatan juga mutu dan kualiti kerja kontraktor kurang memuaskan.

    "Saya berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya.-Sarawakiana


  • No Comment to " Bertindak Segera, Tanjakan Kampung Sageng Kini Dipenuhi Lumpur "