• Berita Warga Emas Ditikam Lepas Ambil BR1M Tak Benar - Polis

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    Polis Semporna menafikan berita bahawa seorang warga emas ditikam dan dirompak selepas mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah bank di Semporna dan suspek pula ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata siasatan polis mendapati berita yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mengaitkan kejadian seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan pergelangan tangannya dikelar di hadapan bank berkenaan hari ini.

    “Kejadian berlaku 11 pagi tadi dan orang awam yang nampak seorang lelaki terbaring di perkarangan bank tersebut telah memanggil anggota polis trafik yang kebetulan meronda di kawasan itu untuk membantu,” katanya ketika dihubungi.

    Menurutnya lelaki tersebut yang dipercayai kurang siuman bertindak mengelar tangannya sendiri menggunakan senjata tajam di hadapan bank tersebut.

    Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan maklumat palsu sehingga menggugat keharmonian awam.-Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Berita Warga Emas Ditikam Lepas Ambil BR1M Tak Benar - Polis "