• Berapa Untung Bersih Orang Terkaya Dunia 2017 Dalam Sehari?

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+
    KEUNTUNGAN bersih Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos meningkat hampir AS$40 bilion pada tahun 2017, nilai tertinggi yang pernah diperolehi dalam senarai jutawan dunia, menurut Forbes.

    Apabila dipecahkan, Bezos mengaut lebih dari AS$107 juta keuntungan sehari pada 2017.

    Mark Zuckerberg, Bernard Arnault dan Carlos Slim antara nama lain di belakang Bezos pada tahun lepas.

    Kekayaan beberapa orang terkaya di dunia dapat dilihat mencatatkan peningkatan berbilion dolar tahun lalu, tetapi ia tidak dapat menandingi Bezos.

    Tahun 2017 menyaksikan keuntungan bersih Bezos meningkat sebanyak AS$39.2 bilion - 'peningkatan terbesar dalam tempoh satu tahun dalam Billionaires List abad ini'.

    Angka itu diperolehi dari senarai orang terkaya di dunia 2017 dan 2018 Forbes, yang mana Business Insider digunakan untuk membuat kiraan peningkatan nilai keuntungan bersih harian orang-orang terkaya di dunia ini.

    Business Insider mendapat perbezaan antara nilai bersih 2017 dan 2018 yang diterbitkan oleh Forbes pada Mac setiap tahun dan membahagikan angka itu dengan 365 untuk mewakili bilangan hari dalam setahun.

    Perlu dijelaskan, jutawan-jutawan ini bukanlah memperoleh jumlah keuntungan yang sama setiap hari pada tahun 2017, memandangkan banyak nilai bersih keuntungan mereka datangnya dari nilai saham, yang turun naik.

    Untuk tujuan pengiraan ini, setiap hari dikira sama, sama ada hari yang baik atau hari malang, yang mana jutawan-jutawan ini kerugian berjuta-juta dolar.

    Jadi, angka yang dikeluarkan hanya sekadar anggaran.

    Berikut senarai 15 orang paling kaya di dunia dengan anggaran keuntungan bersih yang diperolehi mereka dalam sehari pada 2017:

    14. Michael Bloomberg: AS$6.8 juta sehari

    13. Bill Gates: AS$11 juta sehari

    12. Larry Ellison: AS$17.3 juta sehari

    11. Jim Walton: AS$21.9 juta sehari

    10. Larry Page: AS$22.2 juta sehari

    9. Steve Ballmer: AS$23 juta sehari

    8. Warren Buffett: AS$23 juta sehari

    7. Jack Ma: AS$29.3 juta sehari

    6 & 5. Charles dan David Koch: AS$32.1 juta sehari

    4. Carlos Slim: AS$34.8 juta sehari

    3. Mark Zuckerberg: AS$41.1 juta sehari

    2. Bernard Arnault: AS$83.6 juta sehari

    1. Jeff Bezos: AS$107.4 juta sehari

    - Business Insider/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Berapa Untung Bersih Orang Terkaya Dunia 2017 Dalam Sehari? "