• Benarkah Penyanyi Dangdut Wanita Ini Seorang Lelaki?

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    Dunia hiburan Indonesia kini heboh dengan cerita mengenai penyanyi dangdut, Lucinta Luna yang dituduh sebagai pondan dan pernah menjalani pembedahan menukar jantina.

    Kisah Lucinta menjadi topik perbincangan hangat di Internet kerana penyanyi itu sering memuat naik gambarnya berpakaian seksi di media sosial selain digosipkan mempunyai hubungan dengan beberapa selebriti lelaki.

    Persoalan mengenai jantina Lucinta mula menjadi persoalan selepas beberapa individu yang mendakwa rakannya menyiarkan gambar yang kononnya penyanyi itu ketika masih menjadi lelaki.

    Baru-baru ini, pemilik akaun Instagram yang dikenali sebagai Melly Bradley memuat naik satu video yang menunjukkan seorang pondan didakwa Lucinta yang baru menjalani pembedahan menukar jantina.

    Dalam satu wawancara eksklusif bersama Eminews, Lucinta berkata, dia sangat terpukul, terkejut dan hilang kata-kata apabila video berkenaan muncul.

    Lucinta tidak membuat sebarang penafian atau pengesahan mengenai video berkenaan tetapi memberitahu hal itu akan diuruskan oleh pihak pengurusannya.

    Penyanyi itu juga menafikan dia menawarkan Rp1 bilion (RM284,103) kepada sesiapa yang berjaya membuktikan dirinya adalah pondan.

    “Tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut saya mengenai tawaran itu tetapi ia hanya ditulis oleh satu akaun media sosial palsu yang menyamar diri saya.

    “Media sosial mempunyai bermacam fitnah dan tolong jangan salah faham, saya tidak pernah mengadakan cerita seperti itu,” jelasnya.

    Lucinta menegaskan bahawa dia tidak akan meminta maaf atas perkara itu kerana individu yang paling terkesan adalah diri dan keluarnya. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Benarkah Penyanyi Dangdut Wanita Ini Seorang Lelaki? "