• Benarkah Anjing Peliharaan Telan Kemaluan Lelaki Cuba Rogol Kanak-Kanak Sedang Tidur?

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    Laporan kononnya seekor anjing peliharaan sebuah keluarga menggigit dan menelan kemaluan seorang pedofilia ketika cuba merogol dua kanak-kanak perempuan yang sedang tidur adalah berita palsu, lapor Snopes.com.

    Berita tersebut yang mula disebar blog-blog antarabangsa kini mula disiar oleh portal dan blog tempatan, mendakwa lelaki berusia 52 itu dari Amerika Syarikat mengalami kecacatan seumur hidup selepas seekor anjing jenis Pit Bull Terrier menerkam suspek bagi melindungi dua kanak-kanak terbabit, yang masing-masing berusia dua dan enam tahun.

    Akibatnya, kemaluan suspek, Randle James putus selepas digigit dan ditelan haiwan berkenaan.

    Snopes.com melaporkan berita palsu tersebut disebarkan oleh pelbagai laman sesawang sejak November tahun lalu, dan sehingga kini tiada kesahihan mengenai kejadian tersebut.

    Portal itu menjelaskan lagi ia disebarkan oleh Neon Nettle, sebuah laman berita palsu yang hanya bertujuan untuk menarik pengunjung ke laman tersebut.

    Bagaimanapun, ‘cerita asal’ bukan berasal daripada portal tersebut kerana ia pernah disebarkan oleh blog-blog berita palsu lain, namun dalam versi berlainan di mana suspek lelaki itu kehilangan alat sulitnya kerana cubaan merogol haiwan berkenaan.

    Malah gambar yang disiarkan Neon Nettle, memaparkan seorang lelaki dalam keadaan meraung kesakitan kononnya selepas kehilangan alat sulitnya juga bukan daripada cerita rekaan tersebut.

    Sebaliknya, gambar ‘pedofilia’ itu sebenarnya adalah diambil daripada video yang menunjukkan seorang lelaki sedang menerima rawatan perubatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian buku lali akibat kemalangan ketika bermain papar luncur.

    Jadi netizen-netizen sekalian, ini fakta sebenar bahawasanya tiada insiden sedemikian.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Benarkah Anjing Peliharaan Telan Kemaluan Lelaki Cuba Rogol Kanak-Kanak Sedang Tidur? "