• Belum Ada Rancangan Bina Tebatan Banjir Di Serian

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+

    SERIAN: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata buat masa ini, kerajaan tiada perancangan untuk membina tebatan banjir di Serian.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, ia memandangkan masalah banjir di sini tidak pada tahap membimbangkan.

    “Berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun berkhidmat di sini, banjir di Serian tidak begitu serius.

    “Kebiasaannya, banjir di sini akan surut selepas beberapa hari berbanding tempat lain yang dilanda sehingga dua minggu.

    “Oleh itu, kerajaan tidak mempertimbangkan sebarang projek tebatan banjir di Serian pada masa ini,” katanya. - Sarawakiana


  • No Comment to " Belum Ada Rancangan Bina Tebatan Banjir Di Serian "