• Beli Kemaluan Palsu Guna Duit Palsu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    AYER KEROH: Gara-gara membeli alat seks kemaluan wanita dengan menggunakan wang palsu, seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.

    Tertuduh Tengku Mohammad Zakaria Raja Ghazali, 29 tahun yang juga merupakan bapa kepada seorang anak, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dua keping wang palsu RM50 untuk pembelian peralatan seks yang mana dalam pengetahuannya wang tersebut adalah palsu.

    Kesalahan itu dilakukan ketika berada di Stesen Minyak Petronas Sungai Udang, Melaka pada 8 Februari 2018 lalu.

    Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

    Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 diberikan terhadap tertuduh.

    Tengku Mohammad Zakaria yang diwakili peguam Ishak Kari bagaimanapun merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh mempunyai seorang isteri serta seorang anak yang masih kecil.

    Katanya, tertuduh juga menetap di kuarters tentera dan tiada sebab untuk melarikan diri.

    Norma pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Beli Kemaluan Palsu Guna Duit Palsu "