• Bekas Pemain Liverpool Pengsan Tertelan Lidah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    Bekas pemain pertahanan Liverpool Martin Skrtel pengsan beberapa minit akibat tertelan lidah sendiri ketika membantu Slovakia menewaskan Thailand 3-2 pada final Piala Raja Thai di Stadium Rajamangala, semalam.

    Skrtel tidak sedarkan diri pada m-27 selepas bola terkena muka menyebabkannya rebah serta merta.

    Insiden itu mengejutkan keseluruhan pemain beraksi selepas Skrtel, 33 terbaring tidak sedarkan diri dan kelihatan seperti tertelan lidah.

    Rakan sepasukan Ondrej Duda terpaksa bertindak pantas untuk membantu pemain pertahanan Fenerbache itu.

    Perlawanan terhenti agak lama ketika pasukan perubatan memberi rawatan kepada Skrtel di tepi padang.

    Skrtel kemudian kembali sedar dan dapat meneruskan aksi selama 45 minit.

    Pemain bek kental itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas rawatan susulan dilakukan doktor pasukan Slovakia.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Pemain Liverpool Pengsan Tertelan Lidah "