• Bayi Merangkak Menyeberangi Jalan Hampir Digilis Lori

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+


    HANOI: Seorang pemandu terkejut selepas melihat bayi merangkak melintasi jalan raya di Vietnam.

    Detik mencemaskan itu dirakam dashcam seorang pengguna lalu lintas di Quang Ninh yang kemudiannya bertindak segera menghentikan kenderaannya selepas melihat sebuah lori di lorong sebelah melakukan tindakan sama.

    Pemandu lori tersebut mengeluarkan tangannya ke luar tingkap untuk memberi isyarat kepadanya sebelum menunjukkan bayi tersebut.

    Bayi terbabit dilihat merangkak melintasi dua lorong menuju ke pembahagi jalan di tengah jalan tersebut sebelum seorang wanita berlari dan turut melompat blok konkrit untuk mendapatkannya.

    Dua lelaki lain menyusul untuk membantu wanita terbabit yang akhirnya dapat mengambil semula bayi tersebut dengan selamat.

    "Saya sedang memandu apabila melihat bayi merangkak di seberang jalan. Nasib baik tidak ada apa berlaku kepadanya," kata pemandu kereta yang merakamkan insiden itu pada 13 Mac lalu. - Daily Mail/Awani


    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Merangkak Menyeberangi Jalan Hampir Digilis Lori "