• Bayi Maut Tercampak Keluar

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    Bayi perempuan sembilan bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu ibunya di Kilometer 19.3 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Jelebu, malam tadi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku pada 7.30 malam.

    Katanya, ketika kejadian Toyota Vios dipandu Lim Hui Chee, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah di Titi dari arah Seremban.

    "Ketika tiba di tempat kejadian, Toyota Vios hilang kawalan ketika mengambil selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Honda Civic dari arah Kuala Klawang.

    "Kereta mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum dilanggar Proton Saga juga dari arah Kuala Klawang.

    "Akibat kemalangan itu bayi berkenaan, Wong Qan Ton yang dipangku bapanya Wong Ting Sing, 26, tercampak keluar dari kereta ke tengah jalan," katanya.

    Kamarul Rizal berkata, pemandu Proton Saga, Luqman Al Hakim Fouzar, 23, dari Simpang Durian cedera di leher manakala pemandu dan penumpang Honda Civic dari Pelabuhan Klang tidak mengalami kecederaan.

    Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

    Bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia, 7.50 pagi ini berikutan kecederaan di kepala.

    "Polis masih menjalankan siasatan lanjut kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Maut Tercampak Keluar "