• Batang Besi Tembus Kepala

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    NEW DELHI: Lelaki nyaris hilang nyawa selepas kepala tertusuk batang besi apabila keretanya bertembung lori dalam nahas ngeri.

    Kejadian berlaku ketika Ullas Kumar, 29, dari Kannur, selatan India, sedang memandu ke lapangan terbang bersama seorang rakan untuk mengambil abangnya namun keretanya bertembung lori.

    Pemandu lori berkenaan mati serta-merta manakala Kumar parah selepas kepalanya ditembusi batang besi penyandar kepala tempat duduknya.

    Pakar melakukan pembedahan selama empat jam untuk mengeluarkan batang besi berkenaan dan Kumar kini beransur pulih malah tidak mengalami sebarang masalah penglihatan.

    “Saya langsung tidak menyangka mampu sembuh secepat ini. Benar-benar terasa seperti dilahirkan semula,” katanya.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Batang Besi Tembus Kepala "