• Bapa Belasah Anak Dan Heret Dengan Motosikal

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    Seorang kanak-kanak sekolah telah dibelasah dengan teruk oleh bapanya, sebelum lelaki itu mengikatnya di motosikal lalu mengheret anaknya di atas jalan yang berbatu, dalam kejadian penderaan yang mengejutkan ramai.

    Lelaki itu dikatakan mendera anak perempuannya yang berusia 10 tahun kerana tidak mendengar cakapnya. Kejadian berlaku di Guangxi, China. Susulan kejadian itu, lelaki yang dikenali sebagai Wei itu telah ditangkap dan didakwa mendera.

    Perbuatan kejam lelaki itu telah dirakamkan dan dalam klip selama tiga minit itu, kanak-kanak perempuan tersebut meraung ketika dipukul bapanya.

    Ia dipercayai berlaku semalam. Polis mengambil tindakan ke atas Wei selepas menerima klip video berkenaan. Dua beranak itu ditemui di pasar, 20 minit selepas kejadian malang itu berlaku.

    Kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital untuk rawatan dan imbasan kepala akan dilakukan oleh doktor.

    Kes itu disifatkan sebagai serius dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Belasah Anak Dan Heret Dengan Motosikal "