• Bangkai Nahas Helikopter Di East River Dibawa Keluar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+


    NEW YORK: Bangkai helikopter yang terhempas di East River, New York pada Ahad yang mengorbankan lima nyawa dibawa keluar dari sungai tersebut.

    Menerusi satu entri di Twitter, pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) melaporkan bangkai berkenaan dibawa ke fasiliti khas untuk pemeriksaan lanjut.

    Menurut laporan, juruterbang sempat memaklumkan kepada transmisi radio kecemasan bahawa berlaku kegagalan pada enjin helikopter tersebut.

    Juruterbang tersebut berjaya menyelamatkan diri dan diselamatkan oleh kapal tunda. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Bangkai Nahas Helikopter Di East River Dibawa Keluar "