• Azizulhasni Gagal Pertahan Gelaran Dunia Keirin

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+


    APELDOORN, Belanda - Pelumba Malaysia, Azizulhasni Awang gagal mempertahankan gelaran dunia dalam acara keirin yang dimenanginya tahun lalu, selepas tersingkir di pusingan pertama pada Kejuaraan Basikal Trek Dunia di Belanda, hari ini.

    Selain Azizulhasni, turut tersingkir di peringkat sama ialah pelumba Perancis, Francois Pervis yang merupakan pemenang pada 2014 dan 2015.

    Pelumba dari Colombia, Fabian Puerta menewaskan pencabar Jepun, Tomoyuki Kawabata dan Maximilian Levy dari Jerman untuk merangkul gelaran dunia acara tersebut. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Azizulhasni Gagal Pertahan Gelaran Dunia Keirin "