• AS pertimbang sertai TPP jika hubungan dagangan lain berjaya

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+
    SANTIAGO 22 Mac - Amerika Syarikat (AS) akan mempertimbangkan kemasukan semula dalam Perkongsian Trans Pasifik (TPP) sebaik sahaja negara itu berjaya mencapai matlamat dalam hubungan dagangan lain.

    Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin berkata, fokus utama negara itu pada masa ini ialah untuk mengadakan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan hubungan dagangan dengan China.

    "Hubungan dagangan itu banyak menjurus kepada satu hala sahaja. Pasaran kami terbuka untuk mereka tetapi mereka tidak berbuat sedemikian kepada kami,’’ katanya. - Reuters


    Subjects:

  • No Comment to " AS pertimbang sertai TPP jika hubungan dagangan lain berjaya "