• Arab Saudi pintas tujuh peluru berpandu pemberontak Yemen

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+
    (Foto Reuters)
    RIYADH 26 Mac - Tentera Arab Saudi memintas tujuh peluru berpandu dilancarkan pemberontak di Yemen termasuk yang disasarkan ke ibu negara Riyadh, menyaksikan serangan paling besar sejak Arab Saudi mengetuai pasukan tentera bersekutu di Yemen.

    Seorang terbunuh dan dua lagi cedera terkena serpihan peluru berpandu berkenaan dan penduduk melaporkan melihat letupan di udara pada tengah malam semalam.

    Pemberontak Huthi yang dikaitkan dengan Iran melancarkan tiga peluru berpandu ke arah Riyadh dan empat lagi ke bandar Khamis, Mushait, Jizan dan Najran.

    "Tindakan agresif oleh puak Huthi membuktikan Iran secara berterusan membekalkan senjata berbahaya kepada pemberontak berkenaan,” kata jurucakap Turki, al-Maliki.

    "Tindakan melancarkan siri peluru berpandu ke arah bandar-bandar adalah satu perkembangan yang serius,” katanya.

    Stesen televisyen milik Huthi, Al-Masira mendakwa pemberontak berkenaan mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh.

    Serangan itu juga selepas setiausaha pertahanan Amerika Syarikat menggesa Putera Mohammed Salman supaya mengambil langkah segera bagi menamatkan konflik di Yemen.

    Pemberontak Huthi sejak tahun lalu telah melancarkan berbelas peluru berpandu ke Arab Saudi dan kesemuanya berjaya dipintas. - AFP/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi pintas tujuh peluru berpandu pemberontak Yemen "