• Anyi Ngau Terus Dapat Sokongan Pemimpin Akar Umbi Di Baram

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Setiap kali pilihan raya sudah pasti timbul pelbagai spekulasi terutama melibatkan calon bertanding.

    Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga tidak sunyi daripada pelbagai nama yang dikhabarkan berpotensi menjadi calon dan tidak kurang juga yang melobi hendak menjadi calon.

    Namun begitu, terdapat beberapa penyandang kerusi di Sarawak terus mendapat sokongan daripada pemimpin peringkat akar umbi supaya dicalonkan semula.

    Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau yang menjaga kawasan parlimen terbesar di Malaysia terus mendapat sokongan padu daripada pemimpin akar umbi.

    Terbaru, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan, Dominic Nyurang berkata, walaupun menjaga kawasan yang besar melibatkan 300 kampung, rumah panjang dan penempatan, Anyi tetap berusaha menjenguk penduduk kawasan.

    Menurutnya, sepanjang berkhidmat sebagai ahli parlimen, Anyi merupakan seorang yang bekerja keras dan berjiwa rakyat.

    "Mustahil untuk Anyi dapat berkunjung ke semua tempat di Baram dalam satu penggal, masih banyak tempat yang memerlukan perhatiannya," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau turut menyangkal dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Anyi tidak turun padang dan berkhidmat kepada penduduk Baram.

    "Bukan macam pembangkang yang hanya muncul ketika pilihan raya sahaja, wakil BN sentiasa ada bersama rakyat," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Anyi Ngau Terus Dapat Sokongan Pemimpin Akar Umbi Di Baram "