• Anak Derhaka Penggal Ibu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    KEBUMEN (INDONESIA): Tidak diberi wang diminta menjadi punca seorang lelaki membunuh ibunya dengan menetak leher wanita itu hingga hampir putus di Kebumen, Jawa Tengah.

    Menurut laporan media Indonesia, dalam kejadian di Desa Bocor, Jumaat lalu, mayat Sutarmi, 50, ditemui penduduk kampung di tengah sawah.

    Polis kemudian mengesan dan menahan lelaki berkenaan, Sumudi, 35, ketika sedang berbasikal berhampiran kampungnya kira-kira jam 7.30 malam, keesokannya.

    Tribun News melaporkan, menurut polis Sumudi menyatakan dia tidak kesal membunuh ibunya.

    Malah lelaki yang banyak cacah pada tubuhnya hingga ke muka berkata, dia menyedari sepenuhnya ketika menghayunkan parang ke leher mangsa.

    Menurut Liputan 6, lelaki itu dikenali panas baran sering membuat kacau di kampungnya.

    Menurut adiknya, Siti Khotijah, Sumudi sering memarahi ibu dan bapa mereka.

    Menurut polis, berlaku pertengkaran antara Sumudi dengan ibunya selepas dia meminta wang 500 ribu rupiah (RM141) membawa kepada wanita itu dikejar anaknya hingga ke tengah sawah kira-kira jam 1 petang.

    Dia kemudian menetak leher wanita itu hingga hampir putus sebelum melarikan diri.

    Menurut polis, Sumudi akan menjalani ujian psikiatrik sebelum didakwa kerana membunuh yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Derhaka Penggal Ibu "