• Aksi Tunggang Kuda Bawa Padah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    MIAMI - AMERIKA SYARIKAT: Tindakan seorang wanita berpakaian dalam sambil menunggang kuda di sebuah kelab malam telah menarik perhatian pihak berkuasa Miami untuk melancarkan siasatan.

    The Mokai Lounge kini disiasat atas kemungkinan melakukan kekejaman ke atas haiwan dan isu keselamatan awam selepas video memaparkan aksi wanita itu menjadi tular dan menerima kecaman di media sosial.

    Rakaman itu menunjukkan wanita tersebut memasuki kelab terbabit dengan menaiki kuda putih yang turut disambut dengan sorakan pengunjung premis itu pada awal pagi Khamis lalu.

    "Saya berasa tersinggung jika ada ahli perniagaan yang sah menganggap ia sebagai tindakan yang betul," kata Pengurus Bandar, Jimmy Morales.

    Polis Miami dalam satu kenyataan mengesahkan mereka telah menemui kuda tersebut dan melakukan pemeriksaan ke atasnya.

    Jelasnya, siasatan sedang diteruskan.

    Difahamkan, pihak berkuasa turut membatalkan lesen perniagaan kelab itu pada Jumaat lalu.- Skynews/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Aksi Tunggang Kuda Bawa Padah "