• AirAsia Nafi Tony Fernandes Letak Jawatan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: AirAsia menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Group dan CEO Kumpulan Bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan meletak jawatan untuk memasuki sektor teknologi kewangan.

    Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan tambang rendah itu menasihatkan orang ramai dan media untuk mengabaikan paparan skrin berita CNN yang berjudul “Tony Fernandes Leaves Air Asia, Jumps On Financial Tech” (Tony Fernandes Tinggalkan Air Asia, Sertai Teknologi Kewangan), yang tersebar di media sosial.

    Ia berkata, Fernandes tetap komited kepada AirAsia dan akan terus menyelia hala tuju strategik dan operasi perniagaannya.

    Terdahulu, Fernandes menulis di laman sosial: "Terdapat banyak penipuan mengenai saya. Ini adalah berita palsu terbaik.

    "Realitinya adalah terlalu jauh sebelum saya meninggalkan AirAsia, dan AirAsia membuat pelaburan besar dalam Fintech. Aset yang sangat bernilai bakal tiba." - mStar


    Subjects:

  • No Comment to " AirAsia Nafi Tony Fernandes Letak Jawatan "