• Air India Dapat Lampu Hijau: Netanyahu

    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+


    WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan Arab Saudi membuka ruang udaranya kepada Air India sebagai laluan baharu penerbangan keluar masuk ke Tel Aviv.

    Netanyahu membuat pengumuman itu ketika taklimat di Washington kepada wartawan Israel selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

    Setakat ini tiada pengesahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi mahupun Air India berhubung pengumuman itu.

    Arab Saudi tidak mengiktiraf Israel tetapi dengan menarik balik larangan udara yang sudah menjangkau 70 tahun itu, memberi gambaran usaha untuk memulihkan hubungan antara Israel dan kerajaan sekutu AS itu.

    Bulan lalu, Air India mengumumkan penerbangan tiga kali seminggu ke Tel Aviv yang bakal melalui ruang udara Arab Saudi.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa Penerbangan Awam di Riyadh mendakwa belum memberi sebarang kebenaran untuk melalui ruang udara kepada syarikat penerbangan itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Air India Dapat Lampu Hijau: Netanyahu "