• Agong Perkenan Persempadanan Semula

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 30 March 2018
    A- A+
    PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah perintah memperkenankan usul dalam laporan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkuat kuasa mulai Khamis (29 Mac).

    Satu Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan di laman web e-Warta Persekutuan di bawah Jabatan Peguam Negara (http://www.federalgazette.agc.gov.my/) pada Khamis, yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah perintah itu.

    "Titah perintah ini dinamakan sebagai Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya)(Negeri-Negeri Tanah Melayu) 2018.

    "Perintah ini mula berkuat kuasa pada 29 Mac 2018," menurut kenyataan itu.

    Notis itu memberitahu, cadangan yang terkandung dalam laporan SPR bertarikh 6 Mac 2018, akan berkuat kuasa dari tarikh bermulanya Perintah itu.

    Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan dan persempadanan semula telah diwartakan. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Agong Perkenan Persempadanan Semula "