• Ada Mahu Bubar RAMD Kerana Konsep 'Malaysian Malaysia' - Najib

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 31 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru supaya rakyat membuat pilihan yang bijak dan memilih kerajaan yang stabil daripada segi politik, kepemimpinan dan memahami sejarah tanah air untuk mendokong agenda pembangunan fizikal dan sosial negara.

    Perdana Menteri berkata, kerajaan yang dipilih perlu mengutamakan empat dimensi penting iaitu politik, ekonomi, sosial dan keselamatan bagi mengelakkan ketidakstabilan pentadbiran berlaku.

    “Sekiranya kerajaan yang dipilih tidak stabil dari segi politik, tidak faham sejarah negara dan tidak memahami bagaimana mahu mentadbir negara kita yang berbilang bangsa ini, segala yang dikecapi hari ini akan hancur.

    “Malah lebih buruk lagi, ada pihak yang tidak memahami asal usul sejarah sehingga sanggup mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan kerana kononnya tidak menepati konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Rejimental ATM dan PDRM di Wisma Perwira ATM di sini malam ini.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Ada Mahu Bubar RAMD Kerana Konsep 'Malaysian Malaysia' - Najib "