• 'Ada Lagi Hasrat Agong Nak Sampaikan Lepas PRU14'

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai sesuatu yang menarik.

    Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ini kerana ucapan Agong kali ini ringkas dan padat.

    "Titah Agong paling menarik ialah terlalu pendek.

    "Saya yakin mungkin Tuanku nak tunggu lepas PRU14. Lepas pilihan raya masa lebih panjang, mungkin baginda akan sampaikan ucapan yang lebih bermakna.

    "Untuk tempoh pendek sehingga PM umum (pembubaran Parlimen), itu sudah mencukupi. Ucapan itu, semuanya terbaik bagi saya, untuk negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

    Sebelum itu, Sultan Muhammad V menyampaikan ucapan baginda hanya sekitar 10 minit.

    Antara intipati ucapan baginda adalah mengenai isu kos sara hidup rakyat, sistem pengangkutan awam negara, kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan dan lain-lain lagi.

    Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 5 April, manakala Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April selama sembilan hari.

    - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " 'Ada Lagi Hasrat Agong Nak Sampaikan Lepas PRU14' "