• Acer Cipta ‘Tasbih’ Khas Untuk Kira Mantra Buddha

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    SYARIKAT teknologi Taiwan, Acer telah mencipta ‘tasbih’ moden yang unik dan amat membantu penggunanya yang beragama Buddha, iaitu agama rasmi negara itu.

    Reka bentuknya dikatakan seratus peratus sama seperti tasbih tradisional penganut Buddha, tetapi didatangkan dengan mikrocip pintar yang akan mengesan jumlah pengulangan mantra yang dilafazkan melalui sebuah aplikasi di dalam telefon pintar.

    Bukan itu sahaja, malah jumlah mantra yang dikesan oleh tasbih itu akan dimasukkan ke dalam apilkasi media sosial, di mana pengguna boleh berkongsi jumlah terkumpul itu dalam bentuk “merit dalam talian” bersama-sama ahli komuniti yang turut menggunakan aplikasi tersebut.

    Menurut laporan laman web Ejinsight, kumpulan sasaran tasbih ini sudah tentunya penganut Buddha dan ahli persatuan-persatuan penganut agama tersebut, bermula dari Taiwan dan akan berkembang ke negara-negara lain.

    Ajaran Buddha mempunayi 535 juta pengikut di seluruh dunia dan kian berkembang.

    Selain itu, ciri menarik lain yang terdapat pada tasbih itu adalah sistem pembayaran tunai dan aplikasi membeli-belah di mana pengguna boleh mendapatkan diskaun istimewa di kedai dan restoran Buddha.

    Buat masa ini, tasbih pintar ini hanya boleh didapati di Taiwan bermula pertengahan bulan Mac ini dengan harga $3,888 NTD (RM518.46).-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Acer Cipta ‘Tasbih’ Khas Untuk Kira Mantra Buddha "