• Abang Johari Tegas Pertahan Hak Perairan Sarawak

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+


    Pembangkang Sarawak terutama DAP sering melebel Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bercakap kosong bila berkaitan hak Sarawak.

    Malah mereka mendakwa Abang Jo tidak tegas menuntut hak memandangkan tempoh perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa lama.

    Kini dakwaan pembangkang tersasar kerana tuntutan hak telahpun dikembalikan dan Abang Johari mengguna sebaik-baiknya hak tersebut. Hak ke atas persempadanan perairannya dan sumber-sumbernya hingga menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), adalah wajar.

    Tuntutan hak sedemikian rupa mungkin tiada terfikir oleh pembangkang kerana mereka tidak memiliki spesifikasi mengenai apa jenis hak yang Sarawak perlu tuntut. Hanya mengeluarkan kenyataan popular supaya pembangkang begitu jelas kononnya pembangkang sebagai wira menuntuk hak.

    Dalam pada itu, Abang Johari bertindak holistik mengguna hak tersebut dengan mencipta peluang meningkat ekonomi bagi memajukan negeri dan peluang pekerjaaan kepada anak Sarawak.

    Abang Johari tidak berhenti di situ sahaja, beliau mencabar mana-mana pihak yang mempertikaikan hak Sarawak ke atas persempadanan perairannya untuk mengambil tindakan jika tuntutan Sarawak adalah salah.

    Meskipun Parlimen pernah meminda persempadanan perairan di bawah bidang Kerajaan Negeri daripada 12 kepada tiga batu nautika, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak pernah meluluskannya.

    Kerajaan Negeri kekal mempunyai hak ke atas persempadanan perairan sehingga 12 batu nautika. Tiada siapa yang boleh mengubahnya. Di bawah Perlembagaan Malaysia bagi Senarai Negeri, sebarang perubahan sempadan tidak dibenarkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri (DUN) .

    Perkara tersebut merupakan tindakan tegas dan berani Abang Johari yang berterusan mempertahankan hak mengikuti perlembagaan. Segalanya merupakan kepentingan negeri dan rakyat yang berbilang kaum negeri ini.

    Hakikatnya pembangkang selama ini hanya tahu mengelirukan rakyat dengan bermacam-macam propaganda yang tidak berasas serta mengambil kredit setiap usaha kerajaan selama ini yang berkepentingan politik untuk meraih sokongan rakyat negeri ini. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Johari Tegas Pertahan Hak Perairan Sarawak "