• Abang Johari Ikhlas Satukan Masyarakat Cina

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+


    Pertelingkahan kepimpinan masyarakat Cina Sarawak perlu ditangani segera bagi membolehkan amalan bersatu diterap agar masyarakat Cina sentiasa membangun bersama masyarakat lain negeri ini.

    Sejajar dengan itu, keputusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk tidak meletak calon langsung mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) amat bertepatan sekali.

    Ini membuktikan Abang Johari begitu ikhlas menyatukan masyarakat Cina yang sebelum ini begitu ketara perbezaan pendapat di kalangan pemimpin kaum Cina. 

    Dari pengamatan, memang jelas Abang Johari inginkan masyarakat Cina bersatu padu dan mengikuti satu alur pemahaman politik berasaskan satu kepimpinan masyarakat Cina yang akan meneruskan pembangunan negeri ke arah matlamat yang di persetujui bersama.

    Perpecahan masyarakat Cina akan menyebabkan proses berpuak-puak berlaku dan setiap pelaksanaan pembangunan untuk masyarakat Cina tidak akan tercapai. Dari situ jelas satu kerugian akn berlaku kepada masyarakat Cina itu sendiri.

    Oleh itu kepimpinan tertinggi BN negeri tidak mengambil mudah isu tersebut dan sesuatu yang rasional perlu dilakukan.

    Abang Johari bertindak relevan bagi masyarakat Cina agar kepentingan kaum Cina dapat digerak bersama untuk memastikan Sarawak terus maju pada masa hadapan dan generasi muda kaum Cina akan terus bersatu tanpa mengulangi masalah yang boleh menyebabkan masyarakat Cina berpecahbelah.

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Johari Ikhlas Satukan Masyarakat Cina "