• 6 penguatkuasa MPK direman seminggu

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    KLANG: Enam penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman seminggu.

    Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan.

    Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

    Mereka yang memakai baju lokap berwarna jingga itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

    Semalam, BH Online melaporkan tujuh penguat kuasa MPK ditahan selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang pengusaha kafe siber tanpa lesen di Klang berjumlah RM1,000, pada 21 Oktober tahun lalu.

    Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan untuk mereka tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang.

    Bagaimanapun, seorang darinya dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan.

    Semua suspek berusia 31 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada jam 1.45 tengah hari semalam selepas diminta hadir memberi keterangan.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 6 penguatkuasa MPK direman seminggu "