• 6 Lelaki Merusuh Di Hadapan Balai Polis Batu 10 Kota Padawan Ditahan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+


    KUCHING: Seramai enam lelaki ditahan malam tadi kerana disyaki terlibat dalam satu insiden rusuhan yang berlaku di Balai Polis Batu 10, Kota Padawan malam Ahad lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, kesemua yang ditahan berusia 20 dan 27 tahun akan dibawa ke mahkamah pada pagi ini untuk mendapatkan tempoh permohonan tahanan reman dan semua yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan sebagai merusuh dan Seksyen 427 kanun yang sama sebagai khianat.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 malam 25 Mac lalu, rusuhan berkenaan tercetus apabila salah seorang suspek tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lagi suspek yang tidak memberikan laluan ketika memandu di Pasaraya Giant, Batu 10 sebelum mengekorinya ke pasar raya berkenaan sebelum bertindak merosakkan kereta lelaki tersebut.

    Selepas itu, kedua-dua lelaki tersebut tampil menghadirkan diri ke balai polis untuk membuat laporan ditemani rakan-rakan mereka berikutan kejadian pecah kereta yang berlaku di tempat letak kereta.

    Menjelas lanjut, Dev berkata pada ketika video insiden tersebut tular di media sosial, pihak polis telah mendapat pelbagai tohmahan berkenaan kegagalan pihak polis dalam meredakan keadaan yang berlaku di hadapan balai.

    "Pada ketika ini pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut dan sehingga kini  kami masih belum dapat mengulas lanjut mengenai kes tersebut sehingga siasatan dalaman selesai." katanya-Sarawakiana


  • No Comment to " 6 Lelaki Merusuh Di Hadapan Balai Polis Batu 10 Kota Padawan Ditahan "