• 51% Graduan TVET Bekerja Profesional, Mahir

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Sebanyak 69,475 orang atau 51 peratus daripada 136,062 graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) warganegara Malaysia telah bekerja sebagai profesional dan pekerja mahir hingga 2017.

    Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata Institut Kemahiran Belia Negara juga telah melatih 29,423 belia dalam pelbagai bidang kemahiran.

    “Kementerian bersama kementerian lain akan melonjakkan lagi bidang TVET ini melalui NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan), antara langkah diambil ialah memasukkan peperiksaan psikometrik dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mengenal pasti kecenderungan pelajar pada peringkat awal.

    “Sekiranya mereka tidak cenderung dalam bidang akademik mereka boleh menceburi bidang kemahiran ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Kamalanathan menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang ingin mengetahui bilangan pekerja teknikal berkemahiran tinggi tempatan dalam kalangan belia Malaysia dari 2013 hingga 2017.

    Dalam pada itu, Kamalanathan berkata kerajaan juga memperuntukkan RM32.6 juta untuk melengkapkan prasarana, peralatan dan jaminan keselamatan di semua 245 sekolah harian yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 51% Graduan TVET Bekerja Profesional, Mahir "