• 4 Dikhuatiri Maut Tertimbus Runtuhan Salji

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 18 March 2018
    A- A+

    GENEVA: Empat dikhuatiri maut semalam selepas kawasan Vallon d'Arbi yang popular dengan aktivi ski di Switzerland dilanda runtuhan salji, dengan dua mayat sudah ditemui tertimbus di bawah salji setebal enam meter.

    Polis di negeri Valais berkata, pekerja penyelamat masih mencari dua lagi pemain ski yang hilang selepas kejadian kelmarin, tetapi operasi digantung pada waktu malam.

    Mereka yang ditemui mati adalah rakyat Perancis berusia 20 dan 25 tahun, menurut kenyataan polis.

    "Mayat mereka ditemui tertimbus di bawah salji setebal enam meter," kata kenyataan.

    Seorang lagi warga Perancis berusia 32 tahun dan rakyat tempatan berumur 57 tahun belum ditemui.

    Polis berkata, pasukan penyelamat bekerja sehingga jam 3.30 pagi waktu tempatan semalam, kemudian berhenti sehingga jam 9.00 pagi sebelum menyambung kerja mencari. - AGENSI

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Dikhuatiri Maut Tertimbus Runtuhan Salji "