• 36,000 individu terlibat judi haram ditangkap sejak 2017

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Sebanyak 36,114 individu terlibat dengan perjudian haram termasuk pemain, penjaga premis dan penganjur perjudian telah ditangkap menerusi 27,203 serbuan diadakan seluruh negara sejak tahun lepas hingga kini. Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata dalam serbuan itu juga sebanyak 91,000 mesin judi dan wang tunai berjumlah RM1.7 juta dirampas.

    "Kementerian melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah untuk memerangi perjudian haram secara habis-habisan selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengambil tugas.

    "Antara usaha lain turut melibatkan pemantauan terhadap modus operandi baharu yang digunakan sindiket untuk mempromosikan perjudian haram melalui media sosial seperti Facebook, WeChat, WhatsApp,SMS atau berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga yang sah," katanya menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu perkembangan dan kejayaan gerakan membanteras kegiatan judi di negara ini.

    Masir berkata sebanyak 911 laman web berunsur perjudian dari dalam dan luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 2012.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 36,000 individu terlibat judi haram ditangkap sejak 2017 "