• 3 Jemaah Masjid Di Kasala Maut Ditikam

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+


    KHARTOUM – Tiga jemaah sebuah masjid di Kasala maut manakala beberapa lagi cedera diserang seorang lelaki berpisau, semalam.

    Ketua Polis Kasala, Yahi Sulayman berkata kejadian itu berlaku apabila jemaah sedang menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan yang bersempadan dengan negara Eritrea.

    “Tiga maut dalam serangan itu dan beberapa lagi cedera ditikam dengan pisau,” katanya.

    Menurut keterangan saksi, penyerang itu mula bertindak ganas apabila cubaannya untuk berucap di hadapan jemaah tidak dipedulikan.

    “Insiden terbabit mendorong jemaah lain untuk melawan dan membunuh penyerang itu,” kata Sulayman sambil memberitahu, identiti penyerang masih tidak diketahui.

    Sudan menutup sempadan di bahagian timur yang berjiran dengan Eritrea, beberapa hari selepas pengisytiharan darurat dibuat di Kasala.

    Menurut jurucakap kerajaan, langkah itu adalah sebahagian daripada kempen kerajaan untuk mengumpul semua senjata api yang diperoleh secara haram di negeri berkenaan. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Jemaah Masjid Di Kasala Maut Ditikam "