• 3 Hingga 5 Bulan Tempoh Luluskan Pendaftaran Pengundi

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan tempoh meluluskan permohonan pendaftaran pengundi mengambil masa tiga hingga lima bulan.

    Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya, Aina Osman berkata, tempoh tersebut merupakan proses yang mengikut prosedur standard termasuk paparan dan tempoh bantahan.

    "Biasanya masa diambil sekitar tiga hingga lima bulan untuk proses dan meluluskan permohonan pendaftaran pengundi kerana terdapat paparan permohonan dan bantahan diambil kira," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Malah menurutnya, proses sama juga digunakan bagi perubahan alamat pengundi.

    Mengulas mengenai pengundi, Aina berkata, rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas perlu mendaftar sendiri di ibu pejabat SPR atau mana-mana pejabat SPR seluruh negara, pejabat post, ejen dilantik dan semasa program turun padang SPR.

    Terdapat 222 kerusi parlimen, 587 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 46 parti politik berdaftar di Malaysia.

    "Daripada 46 parti politik, SPR turut menerima calon bebas yang hanya boleh memilih salah satu daripada 30 simbol ditetapkan SPR," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " 3 Hingga 5 Bulan Tempoh Luluskan Pendaftaran Pengundi "