• 3 Cedera Kemalangan Di Simpang Krian

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    SARATOK: Tiga mangsa mengalami kecederaan setelah kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Simpang Krian, Jalan Saratok – Betong hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3.00 petang tadi, tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Saga tercedera setelah kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam parit.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, dua mangsa yang cedera telah di hantar oleh orang awam ke hospital berdekatan, manakala seorang lagi diberi rawatan oleh unit EMRS.

    “Seramai sembilan anggota dan tiga jentera telah dikerahkan ke lokasikan kejadian sejurus menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

    “Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " 3 Cedera Kemalangan Di Simpang Krian "