• 27 Hilang Tempat Tinggal, Rumah Panjang Musnah Di Limbang

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    LIMBANG: Seramai 27 penghuni rumah panjang King Brim Kartadem Lg Sebayang, Ulu Limbang di sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah terbakar malam tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran sekitar jam 10 malam itu melibatkan sebuah rumah panjang yang mempunyai tujuh buah pintu telah terbakar seratus peratus.

    Menurutnya lagi, kesemua mangsa ditempatkan sementara waktu di sebuah gereja berhampiran.

    “Seramai 27 orang mangsa selamat dan kini ditempatkan sementara waktu di Gereja yang berhampiran,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " 27 Hilang Tempat Tinggal, Rumah Panjang Musnah Di Limbang "