• 2 Direman Miliki Pistol Buatan Sendiri Berserta Peluru

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Dua lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga 5 Mac kerana didapati memiliki sepucuk pistol buatan sendiri berserta dua butir peluru dalam satu serbuan dijalankan di Tabuan Height malam tadi.

    Kedua-dua yang ditahan sekitar jam 9.30 malam itu turut disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar bandar raya ini serta Kota Samarahan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Dato Dev Kumar berkata, kedua-dua suspek bertindak cuba melarikan diri ketika serbuan dijalankan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diketuai ASP Shuib Abdul Samat.

    Menurutnya, ketika anggotanya melakukan serbuan dan pemeriksaan di rumah terbabit , pihak kami menjumpai sepucuk pistol buatan sendiri dan dua butir peluru.

    “Hasil dari siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang melibatkan kes curi dan dadah.” katanya menerusi satu kenyataan kepada media hari ini.

    Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960.-Sarawakiana
  • No Comment to " 2 Direman Miliki Pistol Buatan Sendiri Berserta Peluru "