• 1MDB Atau Malaysia Nak Tuntut Apa Dari Switzerland?

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+


    Taktik Pakatan Harapan (PH) menghebohkan sejumlah RM42 bilion wang 1MDB yang kononnya hilang tidak mendapat respon yang baik daripada rakyat.

    Pembangkang terpaksa mencari isu supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampak bersalah di mata rakyat.

    Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) semakin hampir dan pembangkang masih mengguna isu lama yang dikitar semula. Namun ia tidak berjaya meyakinkan rakyat yang sudah sedar pembohongan pembangkang selama ini.

    Terbaru pembangkang cuba membangkitkan kembali wang 1MDB yang hilang dan cuba mengaitkan Switzerland sekaligus.

    Dengan merujuk kepada surat-surat yang dihantar oleh YB Lim Kit Siang dan YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada anggota Majlis Persekutuan Switzerland (Perhimpunan Persekutuan), berhubung dengan usul yang akan dibahaskan di Majlis Kebangsaan (iaitu Dewan Rakyat) Perhimpunan Persekutuan. 

    Sudah tentu ia adalah hak Majlis Kebangsaan Switzerland untuk membahaskan mana-mana usul yang dibangkitkan dan untuk membuat apa-apa keputusan yang difikirkan sesuai oleh anggotanya.

     Pada 16 Jun 2017, ahli parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, mengemukakan usul 17.3547, yang bertajuk ‘Repatriation of Corruption Funds to the Robbed Populations’ (Pemulangan Dana Rasuah kepada Orang yang Dicuri).

    Usul ini dinyatakan secara umum, dan memtik banyak syarikat dan negara. Ia bukanlah satu usul yang diitujukan khusus pada 1MDB atau Malaysia. Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (bersamaan dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci usul itu dan Kabinet Switzerland mencadangkan untuk menolak usul itu.

    Antara lain, sejumlah CHF104 juta (lebih kurang RM430 juta) kini dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland. Ini sebenarnya mewakili jumlah yang diperintahkan sebagai penyerahan keuntungan, oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA), terhadap bank-bank tertentu, kerana dakwaan melanggar undang-undang Switzerland.

    Oleh itu, CHF104 juta adalah hasil denda oleh FINMA, pada bank-bank tertentu. Menurut Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer, bank-bank yang berkaitan telah membantah tindakan FINMA itu dan membuat rayuan terhadap tindakan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

    Oleh itu, CHF104 juta itu dituntut oleh bank yang berkaitan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau Kerajaan Malaysia kerana wang itu bukanlah milik 1MDB. Isu berkenaan dijawab dengan baik dari pihak 1MDB dan menjelas perkara sebenar kenapa 1MDB tidak menuntut kerana 1MDB tidak pernah kehilangan wang mahupun dipegang ole pihak bertanggungjawab di Switzerland.

    Jelas sekali pembangkang memang terdesak untuk membangkit isu untuk menjatuh Najib. Semuanya tidak menjadi kerana penipuan serta pembohongan pembangkang sudah diketahui dan segalanya benda yang diisukan oleh pembangkang merupakan perkara yang tidak menguntung dan berfaedah untuk rakyat.

    Subjects:

  • No Comment to " 1MDB Atau Malaysia Nak Tuntut Apa Dari Switzerland? "