• 11RAMD Tahan Warga Indonesia Cuba Seludup Kayu

    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+



    SERIAN: Anggota Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) yang membuat rondaan di Ladang Sawit Persendirian Kampung Sungai Pauh di sini pada Rabu berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia sekaligus mematahkan cubaan menyeludup kayu.

    Jurucakap 11RAMD berkata kira-kira jam 6.30 petang, sekumpulan anggota dari 11RAMD menemui seorang lelaki warga Indonesia sedang memunggah kayu dengan menaiki motosikal.

    Katanya, demi menjaga kedaulatan negara, pihaknya menahan seorang warga Indonesia bersama 27 batang kayu yang dipercayai untuk diseludup ke Malaysia.

    "Lokasi penahanan tersebut lebih kurang 200 meter dari sempadan Malaysia - Indonesia," katanya

    Suspek beserta barang rampasan yang dianggarkan berjumlah RM3,500 diserahkan kepada Balai Polis IPD Serian untuk tindakan selanjutnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " 11RAMD Tahan Warga Indonesia Cuba Seludup Kayu "