• 1,100 Individu, Organisasi Berpotensi Timbulkan Kekecohan PRU14

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR 22 Mac - Polis telah mengenal pasti seramai 1,100 individu yang berpotensi melakukan serangan mengejut di saat akhir (SLMA) bertujuan menimbulkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, senarai tersebut kini berada dalam pemerhatian polis dan sekiranya mereka mewujudkan ancaman keselamatan tindakan segera bakal diambil.

    "Kita telah menyediakan senarai mereka yang menarik perhatian keselamatan dari perspektif PDRM, hampir 1,000 lebih senarai di seluruh negara.

    "Banyak serangan yang kita kesan berkaitan sosial media dan siber, ini juga akan menjadi fokus perbincangan kita, kita tidak mahu perkara tidak benar dan tidak berasas disebarkan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komanden di sini hari ini.

    Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis mengenal pasti individu dan organisasi yang berpotensi melakukan SLMA bertujuan menimbulkan kekecohan pada PRU-14.

    Beliau berkata, perkara tersebut berlaku pada pilihan raya lalu dengan dakwaan palsu kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu.- UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " 1,100 Individu, Organisasi Berpotensi Timbulkan Kekecohan PRU14 "