• 11 maut bumbung gudang runtuh di selatan Pakistan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 29 March 2018
    A- A+


    KARACHI: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera apabila bumbung sebuah gudang runtuh menghempap pekerja di selatan Pakistan, semalam.

    Pegawai kanan pentadbiran tempatan, Rahim Bukhsh Meethlo berkata, sebanyak enam wanita dan dua kanak-kanak merupakan antara mangsa yang maut dalam kejadian di daerah Rohri, wilayah Sindh, kira-kira 450 kilometer utara Karachi.

    "Ketika kejadian, kesemua buruh itu sedang sibuk memproses kurma sebelum bumbung berkenaan tiba-tiba runtuh,"katanya. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " 11 maut bumbung gudang runtuh di selatan Pakistan "