• 11 Kru Dikhuatiri Hilang, Kapal Korek Pasir Terbalik

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    JOHOR BAHRU – Sebelas kru kapal korek pasir dikhuatiri hilang apabila kapal mereka terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari perairan Parit Jawa, dekat Muar, pagi tadi.

    Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata pada kejadian itu, dua mangsa telah dijumpai selamat, manakala seorang lagi ditemukan lemas.

    Kesemua mangsa adalah lelaki, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Menurut Muhammad Zulkurnain, pihaknya menerima satu panggilan pada jam 8.50 pagi yang memaklumkan sebuah kapal korek pasir dengan nama “JBB RONG CHANG 8” telah terbalik di perairan itu.

    “Dua buah bot ronda milik Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut. Sehingga sekarang usaha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” kata beliau.

    Zulkarnain juga meminta agar masyarakat sentiasa berhati-hati ketika menjalankan segala aktiviti di laut.

    Sekiranya terdapat sebarang kecemasan boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian kecemasan 999. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 11 Kru Dikhuatiri Hilang, Kapal Korek Pasir Terbalik "