• 11 April Sebutan Kes Dadah Sofi Jikan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+


    Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis ganja Februari lalu.

    Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh itu ke atas Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, dalam prosiding sebutan semula kes yang dihadapinya.

    Dalam prosiding itu, peguam bela yang mewakili pelakon tersebut, Datuk Haniff Hassan telah menyerahkan dokumen berhubung kes anak guamnya kepada pihak pendakwaan.

    Kosmo! baru-baru ini melaporkan Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC yang terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam, 6 Februari lalu.

    Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 11 April Sebutan Kes Dadah Sofi Jikan "