• 10 Maut Dalam Nahas Bas

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    LIMA: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala lebih 20 lagi cedera selepas sebuah bas terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Ayacucho, tenggara wilayah Andes semalam.

    Bas berkenaan yang membawa lebih 50 orang penumpang dilaporkan terbalik ketika melalui Lebuhraya Interoceanic, yang menghubungkan Peru dengan Brazil.

    “Kami setakat ini merekodkan 10 kematian selepas bas itu terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter,” kata pegawai polis di Puquio, Jose Ramirez.

    Ketika kejadian, bas terbabit dilaporkan dalam perjalanan dari ibu kota Lima ke Querobamba, wilayah Sucre, yang terletak lebih 3,500 meter dari paras laut. - AFP



    Subjects:

  • No Comment to " 10 Maut Dalam Nahas Bas "