• Zidane, Valverde kecam penyokong samseng

    Published: Saturday, 24 February 2018
    A- A+

    MADRID: Jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane dan rakan sejawatannya di Barcelona Ernesto Valverde hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang membawa kepada kematian seorang anggota polis sebelum perlawanan Liga Europa di Sepanyol membabitkan Athletic Bilbao dan Spartak Moscow.

    "Kami mengucapkan takziah kepada keluarganya. Saya tidak sukakan kekejaman dan sukar memahami apabila perkara seperti ini berlaku.

    Diharapkan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di stadium bola sepak," kata Zidane berhubung kejadian yang berlaku sebelum perlawanan petang Khamis.

    Sembilan orang ditahan, termasuk tiga dari Russia dan seorang dari Poland, ketika pertelagahan di luar San Mames di mana seorang anggota polis maut akibat serangan jantung.

    Insiden itu turut mencetuskan kebimbangan terhadap isu samseng bola sepak pada Piala Dunia kali ini di mana Russia menjadi tuan rumah.

    Subjects:

  • No Comment to " Zidane, Valverde kecam penyokong samseng "